Sunday, January 3, 2010

PENDAFTARAN MURID 2010




Murid- murid Sk. pekan Beaufort telah mendaftar pada 2 Januari 2010. Suasana pendaftaran agak sibuk pada pagi itu. Ramai ibu bapa yang datang untuk mendaftarkan anak mereka. Semoga tahun 2010 ini menyuntik semangat baru kepada guru- guru Sk. Pekan Beaufort. Guru cemerlang akan menjana modal insan yang gemilang dan terbilang.Sesungguhnya hari pertama pergi ke sekolah merupakan satu pengalaman yang paling manis dalam hidup murid- murid darjah satu. Sekali dalam seumur hidup kita akan melalui saat itu.
Bagi guru- guru Tahun 6, tahun 2010 adalan tahun yang mencabar bagi mereka kerana persediaan yang rapi perlu dibuat untuk melahirkan modal insan yang berjaya dalam UPSR nanti. Kepada seluruh warga SK Pekan Beaufort, jutaan tahniah diucapkn atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang proses pendaftaran berlangsung.

No comments: