Wednesday, March 17, 2010

CUTI SEKOLAH

Teringt daku semasa zaman persekolahan dulu. Bila cuti datang menjelma, akulah manusia yang paling gembira. Masa cuti la aku boleh rehat. Jumpa kawan2 lepas tu buat keta mainan guna tin sardin atau tin susu. Tin tu la yang diheret ke ulu ke hilir. Ala2 kereta gitu. Masa tu belum ada facebook. Kalau tak, mmg aku main facebook dh macam sekarang..Kalau masa cuti sekolah tu musim hujan, aku jg gemira. kerana aku dapat bermain air di parit. Aku begitu bangga kerana dapat modify selipar jipun ku menjadi perahu..aku potong hujungnya..kan ku siat2 ckit depannya. Aku pasang tali kemudian jadiknnya bot..bermain air..siok bah!!! Bila balik rumh,aku dapat hadiah kerana menang dlm pertandingan bot selipar lumba. 2 kali rotan di tangan. tp macam tiada sudah tu..besa sudah bah. Tp aku dapat hadiah bonus jg..2 kali lagi sebatan di pungung..sb selipar jipun ku dh jadi bot jipun. Aku lupa dan alpa akan buku masa cuti. Aku leka dan gembira mnonton cerita kartun "Thundercat", "conan", "rambo" dan byk lg rancangan best2. Kerja rumah mmg jgn harap la dibuat kerana nt bila sekolh dbuka cikgu ku xkn marah. sb aku byk bg alasan yg munasabah. Kdg2 aku buat ckit je kerja rumh. aku tglkn dua tiga solan. sekurang2 nya aku ada membuat juga. tidak la ckgu aku marah sgt. Tp kdg2 bila nasib tidak menyebelahi, aku dhukum juga oleh cikgu ku. Disuruh nya aku berlari mengelilingi padang sekolah. 2 atau 3 pusingan..Membawa kerusi lagi tue. Berpeluh2 la aku. dhla badan kecik..bawak kerusi kayu lg tu. Dasyat jg cikgu ku dulu. Bukan mcm guru zmn skrg. Zmn skrg,guru xbole buat mcm tu. Kena saman tau. Kshn cikgu skrg.ckit2 kna saman dgn ibubapa murid. Sdgkn guru la yg berusaha keras mendidik anak mereka. Smpi hari ini aku berfikir, haruskh aku memarahi murid ku yg tidak belajar dan tidak menyiapkn kerja sekolah masa cuti??sedangkn aku dulu pn sama mcm mereka. Zaman berubah tetapi kitaran kehidupan tetap sama. Apa2 pn, kepada murid2, jgnla anda alpa dan leka dgn buku kerana sekali anda lupa maka anda akn lupa selamanya. Selamat bercuti!!!!

No comments: